Skip to main content

PERSAHABATAN dan SAHABAT YANG BAIK

PERSAHABATAN dan SAHABAT YANG BAIK

 Assalamualaikum semua. Selamat pagi, petang, siang, malam. Okay, hari ni aku nak bercakap mengenai Sahabat. Well, korang semua mesti la ada sahabat kan ? Paling tidak pun, mesti ada seorang sahabat kan ? Kalau yang tak ada sahabat tu, it must be something goes wrong somewhere la tu. Semua orang ada kawan, semua orang ada sahabat.



Apa yang aku nak ceritakan pada hari ni, apa yang korang semua faham mengenai PERSAHABATAN danSAHABAT YANG BAIK. Bagi aku la, dalam sebuah persahabatan tu, kita semua kenal sahabat kita macam mana, perangai dia, cara berbual dengan sahabat, tahu masalah sahabat kita dan bantu dia, senang cerita dalam semua aspek la. Sering membantu antara satu sama lain. Sahabat yang baik pulak, lebih mengenali kita macam mana, dapat tahan dengan perangai kita dan kawan kita, boleh bertolak ansur, dapat memaafkan bila ada salah faham dan kesalahan. Lebih kurang macam tu la. Namun, agak pilu apabila kita tersilap langkah dan terbuat sahabat kita kecewa terhadap kita.


Okay, selepas ni aku akan lebih mengutamakan beberapa ciri-ciri sahabat yang baik ini.
1) Setia dalam persahabatan.
2) Boleh dipercayai.
3) Hormat sahabat.
4) Terima sahabat kita tanpa syarat.


Itu hanya beberapa sahaja. Yang lain, korang pun boleh fikir sendiri kot. Kita kena lebih menghargai sahabat yang kita miliki sekarang ini, jangan sampai di kemudian hari, kita menyesal. Aku bagi tau ni untuk semua dan juga untuk diri aku sendiri. Harap kita boleh jadi seseorang yang terbaik untuk sahabat kita.

Okay, aku baru terjumpa satu video ni dekat Youtube, saja nak kongsikan dengan korang. Harap korang dapat menghayatinya.

Sebetulnya, aku rasa sebak je bila tengok video ni, entah la. :(

Aku suka hadis yang diorang bagi tau dlm video ni:

 Bahawa Sabda Nabi Muhammad S.A.W : 
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maknanya: Tidak sempurna iman seseorang sehinggakan kamu menyayangi sahabatmu seperti mana kamu menyayangi dirimu.


Nota  akhir: 
Bersahabatlah kerana Allah, barulah kita dapat rasa kemanisan dalam persahabatan. Wallahualam. :)

Comments

Queen's Life said…
Friendship never end.but it depends on how we evaluate it.believe,understanding,trustworthy,responsibility,acceptable,tolerancy,love not only need for marriage but also in friendship..sedangkan lidah pon boleh tergigit inikan pula suami isteri pon boleh diaplikasikan dlm persahabatan..huhu.ok k.ckin,see u on morning insyaAllah.n the video really best.huhu. O_O

Popular posts from this blog

Semoga Success CC!

Lamanya aku tak meng'update' blog aku ni kan? huhu.. Kali ni aku nak bercerita pasal CC Kewangan kat jabatan aku ni. CC Mun namanya.. Sebenarnya aku sedih CC dah nak bersara tak lama lagi. Banyak kenangan pahit manis dengan CC ni. Dari baru kenal, belajar buat kerja, kena marah dan macam macam lagilah. Tapi semua tulah yang menjadi kenangan bersama. Apa pun aku doakan semoga CC bahagia dan tenang lepas ni. Yelah dah tak perlu hadap perangai kami-kami ni kan.. huhuhu... Sorang-sorang perangai ntah apa-apa ntah.. CC jangan lupakan kami... Semoga happy selalu...

Melaka Trip

Hi, Assalammualaikum dan selamat malam semua.. Hari ni aku nak update trip aku pergi Melaka semalam 18.02.2015-19.02.2015. Ambil kesempatah bercuti sempena Tahun Baru Cina katakan. Anyway, trip kali ni seronok sebab kebanyakan yg dirancang menjadi. Sebenarnya pergi 2 hari 1 malam ni tak sempat pun nak round satu Melaka. So sape2 yang nak pergi tawaf satu Melaka ambil cuti lama sikit yer. Heehehhe... Day 1st. Bertolak ke Melaka hari tu lepas subuh dlm kul 6.30 ke 7.00am mcm tulah. Sampai dalam 8.30am. Sampai2 terus cari tempat makan. Maklumlah tak sempat breakfast.. Breakfast kat kedai mamak area dataran pahlawan tu.  Lepas tu terus nak naik Menara Taming Sari tu. Yang kelakar kami cari menara tu dgn menaiki kereta ok. Padahal nyer menara tu jalan kaki jer kot nak perginyer dari tempat kami sarapan tu. Takpe2 dimaafkan.. Pelancong lah katakan hahaha... Kat bawah ni gambar kat area menara. Ni gambor kena ambil oleh staff menara tu. Macam mana ada gaya pelanco...

Bidang apa nak pilih untuk melanjutkan pengajian di IPTA or IPTS?

Hey guys! Salam! Today I'm going to share about further study. Yeah!   Soalan-soalan ni selalu berlaku pada remaja yang nak further study kan? "Argh! Mana satu nak pilih ni? Poning! Poning!" "Lantaklah! Yang mana sangkut, ikut nasiblah." "Nape perlu melalui semua ni? Bingung!" "Kalau aku pilih yang ni, yang ni pun best juga. Argh!"   Pilih punya pilih last-last mampus sendiri. Teehee! :P Setelah difikirkan balik, ada banyak faktor dan tips yang perlu dipertimbangkan dalam memilih bidang untuk further study ni. Antaranya MINAT , KELUARGA , KEWANGAN , MASA LAPANG. Let see...   1. Minat dan kelayakan   Sudah semestinya minat yang paling utama dalam memilih kos/bidang yang ingin diceburi. Minat itu WAJIB . Bila minat buat sesuatu benda tu insyaAllah semua benda yang kita buat akan menjadi. Ada orang cakap MINAT dan SUKA benda yang tak sama. Bagi aku bila dah minat, suka tu akan menyusul kemudian. Yes, kenapa minat s...