Skip to main content

PERSAHABATAN dan SAHABAT YANG BAIK

PERSAHABATAN dan SAHABAT YANG BAIK

 Assalamualaikum semua. Selamat pagi, petang, siang, malam. Okay, hari ni aku nak bercakap mengenai Sahabat. Well, korang semua mesti la ada sahabat kan ? Paling tidak pun, mesti ada seorang sahabat kan ? Kalau yang tak ada sahabat tu, it must be something goes wrong somewhere la tu. Semua orang ada kawan, semua orang ada sahabat.



Apa yang aku nak ceritakan pada hari ni, apa yang korang semua faham mengenai PERSAHABATAN danSAHABAT YANG BAIK. Bagi aku la, dalam sebuah persahabatan tu, kita semua kenal sahabat kita macam mana, perangai dia, cara berbual dengan sahabat, tahu masalah sahabat kita dan bantu dia, senang cerita dalam semua aspek la. Sering membantu antara satu sama lain. Sahabat yang baik pulak, lebih mengenali kita macam mana, dapat tahan dengan perangai kita dan kawan kita, boleh bertolak ansur, dapat memaafkan bila ada salah faham dan kesalahan. Lebih kurang macam tu la. Namun, agak pilu apabila kita tersilap langkah dan terbuat sahabat kita kecewa terhadap kita.


Okay, selepas ni aku akan lebih mengutamakan beberapa ciri-ciri sahabat yang baik ini.
1) Setia dalam persahabatan.
2) Boleh dipercayai.
3) Hormat sahabat.
4) Terima sahabat kita tanpa syarat.


Itu hanya beberapa sahaja. Yang lain, korang pun boleh fikir sendiri kot. Kita kena lebih menghargai sahabat yang kita miliki sekarang ini, jangan sampai di kemudian hari, kita menyesal. Aku bagi tau ni untuk semua dan juga untuk diri aku sendiri. Harap kita boleh jadi seseorang yang terbaik untuk sahabat kita.

Okay, aku baru terjumpa satu video ni dekat Youtube, saja nak kongsikan dengan korang. Harap korang dapat menghayatinya.

Sebetulnya, aku rasa sebak je bila tengok video ni, entah la. :(

Aku suka hadis yang diorang bagi tau dlm video ni:

 Bahawa Sabda Nabi Muhammad S.A.W : 
"Tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Maknanya: Tidak sempurna iman seseorang sehinggakan kamu menyayangi sahabatmu seperti mana kamu menyayangi dirimu.


Nota  akhir: 
Bersahabatlah kerana Allah, barulah kita dapat rasa kemanisan dalam persahabatan. Wallahualam. :)

Comments

Queen's Life said…
Friendship never end.but it depends on how we evaluate it.believe,understanding,trustworthy,responsibility,acceptable,tolerancy,love not only need for marriage but also in friendship..sedangkan lidah pon boleh tergigit inikan pula suami isteri pon boleh diaplikasikan dlm persahabatan..huhu.ok k.ckin,see u on morning insyaAllah.n the video really best.huhu. O_O

Popular posts from this blog

Pati Delima Gulshan

Minggu lepas ada member ofis bagitau yang pati delima ni bagus. So saya pun google dulu nak tengok jugak apa yang bagus nyer tentang jus delima ni. Google punya google, hurm.... its a good juice. So, apa salah nyer saya try pulak minum jus ni kan.. Sebab ada testimoni yang saya baca lepas sebotol pengambilan dia dah disahkan mengandung. Tuhan itu maha mengetahui betapa tingginya cita cita kami untuk mendapatkan anak. Sama sama doakan saya dan suami agar di kurniakan anak suatu hari nanti. Amin.. Attached is gambar pati delima gulshan yang saya minum sekarang.

Jamuan Raya kat Jawhar!!

Aku suka sambutan jamuan raya tahun 2012 kali ni memang amat meriah. Sebab....... ada pertandingan gerai tercantik. Guess what!! bahagian saya (BKPSM) dapat no 1!!!!!!!!!!!!!!! Best giler!!!! Ini lah yang dikatakan kerjasama... Masing masing mencurahkan idea dan kepakaran dalam mendekorasikan gerai kami ni... Bawah ni wa attach gambar gerai ek!!! Sekali dengan ahli ahli BKPSM.. Gambor selepas kemenangan!! Lauk pauk yang tersedia as attached photo ni, semua order siap jer... kami ni hanya tukang menghidang jer.. Eh lupa ada pulak kan tambahan makanan. Makanan tambahan untuk gerai kami ni ialah rojak buah. Masa nak beli buah tu mak ai... punyalah susah... susah bukan apa.. susah nak ngangkut buah tu berat kot... dengan nenas nyer, jambu nyer, sengkuang nyer.. aduh!!! Tapi takpe membuahkan hasil menang kan... hohohohoho... Bawah ni aku attach photo orang kuat buat rojak buat!! Tersenyum sakan org kuat rojak buah ni ek!! Oklah.. itu jer nak update pasal jamuan raya ni.. Ada ben...