Skip to main content

Cuti-cuti at Penang

Hi semua... Lama tak mem'blog'... Nak update sikit pasal cuti kat Penang aritu... Seronok sebab kali ni cuti dengan bff. Percutian couple.. heheh.. Nak bagitau kami pergi satu keta.. dapat jimat duit minyak dan tol.. hehehe.. korang kalau nak jimat buatlah macam kami.. hehe..

Let's begin...

Day 1

Bertolak lewat petang, ada hal sikit yang tak dapat dielakkan. Sampai around 12.00am. Apa lagi terus supper kat Jalan Gurney. Ada satu kedai mamak tak tutup lagi. Yang paling tak dapat dilupakan sampai-sampai kat hotel. So scary.... maklumlah hotel tu betul-betul sebelah tokong cina. Ambik ko. Masa survey tempat tu takde lah tengok tokong tu dekat nor dengan hotel. aduh... cekalkan semangat nasib baik sampai balik takde apa-apa benda yang tak diingini berlaku. kat bawah ni wa sempat ambik gambar tokong tu.

Tokong ni betul-betul sebelah kiri hotel ok!

Bilik hotel ok. Cuma yang tak best lampu kuning. hurm.. aku spend gambar bilik dan suasana hotel ok.

king size






Day 2

Bukit Bendera here I come... syok.. tak ramai sangat orang... yelah pergi time bukan cuti sekolah. thanks God. Sampai Bukit Bendera kena sampaikan hajat En. Hubby duk kat cafe nikmati permandangan sambil minum kopi.. hehehe.. tercapai hajatnya...







nilah bff wa... hehe..



Balik bukit bendera pi pekena nasi kandaq la... pergi ke salah satu kedai yang orang Penang syorkan. ok not bad... kenyang jugak...

Lepas tu sambung pergi cari street art tak jumpa-jumpa.... tak lama lepas tu hujan. Tak dapat ambik gambar kat situ.. huhuhu...

Baliklah hotel nak sembahyang dan rehat jap. Tapi teringat pulak pasemboq.. memang tak ingat dunia lah kan... singgah pulak makan pasemboq dulu... hahahaha... pastu baru balik hotel sembahyang rehat.

Sebelah malam pulak... dinner dulu.. (makan lagi) hahahah.. kami makan kat satu-satunya kedai melayu yang kami jumpa kat jalan gurney tu. Kedai orang Siam kot. Dapatlah makan seafood. Ambik set untuk 4 orang tomyam, ikan siakap sweet n sour, sotong goreng tepung n sayur kailan ikan masin plus air masing tak sampai pun RM100. Murah kan.. Syukur alhamdulillah kenyang... makan sambil hirup udara laut dengan angin sepoi-sepoi fuhh.. nyaman ko... lepak-lepak... borak-borak.. dah sampai kul 10.00pm. Nak jalan mana lagi dah tak tau.. Badan memang letih.. mata pun masing-masing dah layu.. jalan kejap jer kat tepi laut tu.. dah balik.. tido..


Day 3

Bangun siap-siap terus check out hotel dalam 11.00am macam tu. Kali ni pergi Fort Cornwallis. Tiket masuk bukan main mahal. RM10 pastu takde apa-apa pun kat dalam ambik gambar meriam jelah.








Area Fort Cornwallis ni jugak ada food court. Kat sini glamor mee goreng sotong. Trylah.. not bad. Jangan tak try.. hehehe..

Ni hari terakhir kat Penang. Nak pi cari street art semula tapi panas yang amat. So batalkan jelah niat tu. Tapi kami sempat singgah shopping mall kat persiaran gurney tu. Tau tak saya jumpa kedai favorite. hahahaha... Sempat beli satu set. bawah ni saya selit kan gambar nya ok.

ada rupanya kat KL tapi yang pergi nya kat Penang.. takpe nanti aku pergi branch KL.
Da round 30 minit kami pun baliklah.. bukan balik Selangor tapi balik ke Perak. Singgah rumah family bff tercinta.. stay satu malam... rehatkan badan. sebelum bertolak balik ke Selangor.
Seronok pulak balik rumah bff aku ni, mak nyer masak sedap-sedap. heheh.. makan lagi.. memang percutian melantak ke apa ni.. hahhaahha... seronok.. kami bertolak balik ke Selangor petang dalam kul 3.00pm macam tu. Family bff bertolak sama tapi diorang pergi lawat anak bongsu diorang kat hostel tu. Kat Perak jugak.. untunglah si anak bongsu dekat jugak dengan family. Mak ngan ayah senang nak melawat.. Belajar rajin-rajin yo KECIK.. hehehe...

Oklah aku nak buat kesimpulan kat sini. Bercuti kena plan baik punya baru banyak tempat dapat pergi. Pendapat aku bercuti 3D2N ni tak cukup kalau ke Penang. Sebab tak semua dapat pergi. Makanan Penang pun tak semua dapat rasa. Laksa tak sempat pun.. takpe-takpe... kata nak datang Penang lagi kan.. hehhee...

Sekarang pun da 2.30am. Tidoq dulu la. hahha.. Gud nite alls...

Comments

Queen's Life said…
Haha..hotel tepi hotel??ayat kak sik mcm biase la bahasa ckp nye..kiki..tp gmbr akak kt meriam tu 'seksi' sgt.kuikui...btw mmg best g umh nade sbb makan ajer...kiikiii
Queen's Life said…
Haha..hotel tepi hotel??ayat kak sik mcm biase la bahasa ckp nye..kiki..tp gmbr akak kt meriam tu 'seksi' sgt.kuikui...btw mmg best g umh nade sbb makan ajer...kiikiii
SalmanSopi said…
Hahahahaha!!! Suka ayat "ini percutian melantak ke apa ni?" Hahahahahaa
Shikin's Life said…
Korang memang macam biasalah ayat aku tu kan... Dan memang percutian melantak ok.. Hahaha...

Popular posts from this blog

PERSAHABATAN dan SAHABAT YANG BAIK

PERSAHABATAN dan SAHABAT YANG BAIK  Assalamualaikum semua. Selamat pagi, petang, siang, malam. Okay, hari ni aku nak bercakap mengenai Sahabat. Well, korang semua mesti la ada sahabat kan ? Paling tidak pun, mesti ada seorang sahabat kan ? Kalau yang tak ada sahabat tu, it must be something goes wrong somewhere la tu. Semua orang ada kawan, semua orang ada sahabat. Apa yang aku nak ceritakan pada hari ni, apa yang korang semua faham mengenai  PERSAHABATAN  dan SAHABAT YANG BAIK . Bagi aku la, dalam sebuah persahabatan tu, kita semua kenal sahabat kita macam mana, perangai dia, cara berbual dengan sahabat, tahu masalah sahabat kita dan bantu dia, senang cerita dalam semua aspek la. Sering membantu antara satu sama lain. Sahabat yang baik pulak, lebih mengenali kita macam mana, dapat tahan dengan perangai kita dan kawan kita, boleh bertolak ansur, dapat memaafkan bila ada salah faham dan kesalahan. Lebih kurang macam tu la. Namun, agak pilu apabila kita tersilap langkah...

Pati Delima Gulshan

Minggu lepas ada member ofis bagitau yang pati delima ni bagus. So saya pun google dulu nak tengok jugak apa yang bagus nyer tentang jus delima ni. Google punya google, hurm.... its a good juice. So, apa salah nyer saya try pulak minum jus ni kan.. Sebab ada testimoni yang saya baca lepas sebotol pengambilan dia dah disahkan mengandung. Tuhan itu maha mengetahui betapa tingginya cita cita kami untuk mendapatkan anak. Sama sama doakan saya dan suami agar di kurniakan anak suatu hari nanti. Amin.. Attached is gambar pati delima gulshan yang saya minum sekarang.

Jamuan Raya kat Jawhar!!

Aku suka sambutan jamuan raya tahun 2012 kali ni memang amat meriah. Sebab....... ada pertandingan gerai tercantik. Guess what!! bahagian saya (BKPSM) dapat no 1!!!!!!!!!!!!!!! Best giler!!!! Ini lah yang dikatakan kerjasama... Masing masing mencurahkan idea dan kepakaran dalam mendekorasikan gerai kami ni... Bawah ni wa attach gambar gerai ek!!! Sekali dengan ahli ahli BKPSM.. Gambor selepas kemenangan!! Lauk pauk yang tersedia as attached photo ni, semua order siap jer... kami ni hanya tukang menghidang jer.. Eh lupa ada pulak kan tambahan makanan. Makanan tambahan untuk gerai kami ni ialah rojak buah. Masa nak beli buah tu mak ai... punyalah susah... susah bukan apa.. susah nak ngangkut buah tu berat kot... dengan nenas nyer, jambu nyer, sengkuang nyer.. aduh!!! Tapi takpe membuahkan hasil menang kan... hohohohoho... Bawah ni aku attach photo orang kuat buat rojak buat!! Tersenyum sakan org kuat rojak buah ni ek!! Oklah.. itu jer nak update pasal jamuan raya ni.. Ada ben...