Skip to main content

Bidang apa nak pilih untuk melanjutkan pengajian di IPTA or IPTS?

Hey guys! Salam!

Today I'm going to share about further study. Yeah!
 
Soalan-soalan ni selalu berlaku pada remaja yang nak further study kan?

"Argh! Mana satu nak pilih ni? Poning! Poning!"
"Lantaklah! Yang mana sangkut, ikut nasiblah."
"Nape perlu melalui semua ni? Bingung!"
"Kalau aku pilih yang ni, yang ni pun best juga. Argh!"
 
Pilih punya pilih last-last mampus sendiri. Teehee! :P

Setelah difikirkan balik, ada banyak faktor dan tips yang perlu dipertimbangkan dalam memilih bidang untuk further study ni. Antaranya MINAT, KELUARGA, KEWANGAN, MASA LAPANG. Let see...

 
1. Minat dan kelayakan
 
Sudah semestinya minat yang paling utama dalam memilih kos/bidang yang ingin diceburi. Minat itu WAJIB. Bila minat buat sesuatu benda tu insyaAllah semua benda yang kita buat akan menjadi. Ada orang cakap MINAT dan SUKA benda yang tak sama. Bagi aku bila dah minat, suka tu akan menyusul kemudian. Yes, kenapa minat sebab sukalah kan.
 
Minat tu memang dah minat tapi lagi satu kena pikir layak ke aku ambil bidang tu? Ni pun penting masa nak pilih bidang apa. Kenapa? Yelah ko masa SPM tak belajar pun fizik tak belajar pun kimia tup tup nak ambil bidang kedoktoran. Ko rasa ko layak ke tak? Sebab tu aku cakap benda ni penting.
 
Lagi satu result keluar nyawa-nyawa ikan jer. Lepas paras hidunglah lebih kurang. Berapa subjek jer yang kredit. Waktu ni ko dah tak boleh pilih bidang yang gah gah dah. Kena lah ikut kelayakan ko kan. Ada bidang nak banyak subjek yang kredit. Ada bidang yang nak subjek kredit sikit jer. So masa ni ko kena pikir mana lebih ko minat dan boleh buat. 
 
Minat dan boleh buat, yes of course kena fikir ni. You know who you are...

So, minat dan kelayakan datang seiring masa nak pilih bidang okay. 
 
 
2. Persekitaran

Ok, pasal ni pula, bukan maksud aku environmental macam tempat atau apa. Tapi persekitaran ni maksud dia, kau pergi tanya kawan-kawan kau, orang sekeliling kau.
"Kau rasa kalau aku ambil kos ni, sesuai tak?"
"Ko nak amek kos ni? Weh, jangan mimpi lah. Hidup pun tunggang langgang, ni kan pula nak amek kos berat. Lu pikirlah sendiri kau dapat angkat ke tak?"

Kira macam tu lah, kita kena tanya kawan-kawan yang tak berapa rapat, sebab kalau tak rapat, biasanya lah. Diorang akan cakap yang baik-baik je kat kita. Hehe! Kalau kawan yang kurang rapat, mungkin je lah. Diorang akan nilai based apa yang diorang nampak. Kalau ko tanya kawan-kawan yang rapat dengan ko diorang akan cakap ikut diri ko tu yang sebenarnya. Ikut pengalaman, kawan yang lebih rapat dari kita nilai kita dengan lebih dalam.
 
Tapi kalau parents pula jangan ditanya, cuma minta restu je. Sebab kalau parents, diorang akan sentiasa menyokong kita, asalkan kita buat benda yang berfaedah. Hehe!
 
3. Keluarga terutamanya Ibu Bapa
 
Parents kita terutamanya, tak nak lihat anak-anak mereka berada dalam kesusahan. Indeed! Tapi masa aku belajar dulu aku tak suka menyusahkan parents aku. Aku buat kerja part time untuk menampung hidup aku. Tapi aku tak lupa belajar. Nasib baik dpt boss yang memahami. Setiap kali dekat nak exam dia bagi green light bawa buku untuk dibaca. Dia cakap kerja tu kerja jugak. Belajar tu lagi penting. Memanglah dapat loan kan, tapi waktu tu macam tak cukup jer. hehehe... nasib baik tamat dengan kepujian jugak aku kan..
 
Kalau dulu, diorang tak kesah aku nak jadi apa. Janji jadi orang yang berguna. Ingat kat parents kalau dah jadik 'orang' tu. Yelah diorang susah payah besarkan ko jadi 'orang' kan? Kenalah balas balik semua tu.
 
Ingat tak kalau sekolah dulu kita kena suruh isi satu borang. Dekat page paling belakang tu, ada kotak-kotak yang perlu diisi dengan Cita-cita. Hehe! Aku time sekolah isi lah konon. Nak jadi cikgu. Harem! Result ntah apa-apa memang tak dapatlah nak jadi cikgu. huhuhu... 
 
 
4. Peluang pekerjaan
 
Kalau pasal ni. Aku ada terbaca satu blog tu.

"Kau ambil apa-apa saja bidang kau suka. Jangan nak fikir pasal pekerjaan tu. It will come later. Yang penting, kau kena minat dan mendapat restu daripada ibu bapa. Jangan lupa berdoa. Ada banyak pekerjaan dekat luar sana tu. Cuma korang je yang TERLALU MEMILIH SANGAT. Takut gaji tak besar laa. Takut dipandang rendah lah. Lantak diorang lah. Siapa yang kerja? Kalau bukan kamu, jadi siapa lagi yang nak menceburi bidang ini? Ingat! Rezki tu sudah ditentukan oleh Allah, tapi kita kena cari. Janji pekerjaan itu halal, insyaALLAH, selain mendapat keuntungan di dunia, saham di akhirat juga mampu diperoleh asalkan kita kerja dengan ikhlas."

Masalah rakyat kita, takut gaji tak besar, takut dipandang rendah dan banyak lagi ketakutan yang membayangi diri kita.

Contoh kalau kita jadi ambil kos Bahasa Melayu, orang cakap "Apa lah gunanya." Cakap kat diorang. "SO WHAT?" Usah dengar apa yang diorang cakap, just go on with your life. InsyaALLAH dengan usaha yang berterusan, rezeki akan datang kemudian.

Prof. Dr. Muhaya pernah cakap, kita tak perlu nak pikir pening sangat pilih pasal kerjaya masa depan. Apa yang penting, kita kena berazam supaya kita ikhlas dan redho dengan apa yang berlaku dalam kehidupan kita, insyaALLAH kehidupan lebih dirahmati dan rezeki will come after that.
 
5. Kewangan

Pasal kewangan? Rasanya takda masalah kalau pasal kewangan ini. Sebab di Malaysia, terdapat pelbagai agensi yang menawarkan biasiswa. Yang paling top, JPA dan MARA lah. Setiap negeri pun mesti ada bantuan zakat kan. Ada Felda. TM. Bank. PTPTN. Dan banyak lagi. So, jangan jadikan alasan takde duit. Bila dah minat, dapat restu parents, dan peluang pekerjaan yang cerah, yeah! Just proceed with your study! Ambil apa sahaja yang kau minat, then cari sponsor. Tapi yang penting, jangan salah gunakan duit yang diberi untuk beli benda-benda yang tak berpatutan.
 
Paling penting lepas study jangan lupa bayar. Korang dah guna berabis duit loan buat-buat lupa pulak nak bayar ek. Aiaiaiaiai...

 
6. Masa Lapang

Aku tak boleh lah kalau terlalu study. Sebab rasa terkongkong. Hehe! Dan malas. Mesti ada masa untuk enjoy juga kan. Takkan nak hidup depan buku je. Melainkan kalau memang dah biasa. Macam aku, memang tak suka study lama-lama. Kalau ye pun, time nak exam dah.
Sebelum nak pilih kos tu, kau pi tanya sesiapa yang berkenaan, atau berpengalaman, pasal bidang yang ingin diceburi. Medic punya pengajian sangat-sangat busy. Sebab ada orang cakap kalau amek medic dekat Malaysia, memang sangat-sangat busy! Dan kalau kerja nanti lagi lah busy! Ye lah, kalau pasal gaji tu, memang lah gaji seorang doktor tu tinggi. Tapi nak juga ada hidup yang bebas sikit. Boleh jalan-jalan, lepak ngan kawan. Haha!
So, aku nak ambil kos yang aku boleh jalan-jalan, kelas tak pack dari pagi sampai petang, Kadang-kadang kita ada personal matters kan. Hehe! Suka kalau ada selang-selang hari. Yeah! I like!

Oleh yang demikian, korang kena kaji terlebih dahulu prospek kerja, bidang pengkhususan nanti dalam bidang apa, dan boleh ke kau angkat subjek tu? Huhu! Tamat!

7. Istikharah

Dapat disimpulkan, kalau kita berazam nak capai sesuatu, kita kenalah follow these FOUR Steps.
 
1.Berazam/Bercita-cita
2.Berusaha
3.Berdoa/Bertawakal
4.Bersyukur
 
InsyaALLAH kejayaan bersama kita. Jangan tinggal walau sekali berdoa. Bila pening-pening nak pilih kos mana, istikharah itu penting. Bangun malam, solat sunat istikharah dua rakaat. InsyaALLAH, dengan izin Allah, kita akan dapat kemudahan dan petunjuk dalam memilih bidang yang sesuai dengan kita. Yeah!
 

Lastly, hanya itu yang mampu dikongsi bersama. Aku rasa dah sangat panjang lebar dah aku tulis ni. Harapkan ada orang membaca dah. Hehe! Apa yang aku tulis ni, kalau ada yang tak betul, sila lah tegur aku. Sebab kita insan biasa, wajib saling mengingati. Sekian sahaja aku merepek kali ini. Kalau ada nak tanya or nak tambah, silakan. Dialu-alukan sangat-sangat!

Wassalam!

p/s: Untuk anak buah aku yang nak further study tu, this tips is for you...

Comments

Popular posts from this blog

PERSAHABATAN dan SAHABAT YANG BAIK

PERSAHABATAN dan SAHABAT YANG BAIK  Assalamualaikum semua. Selamat pagi, petang, siang, malam. Okay, hari ni aku nak bercakap mengenai Sahabat. Well, korang semua mesti la ada sahabat kan ? Paling tidak pun, mesti ada seorang sahabat kan ? Kalau yang tak ada sahabat tu, it must be something goes wrong somewhere la tu. Semua orang ada kawan, semua orang ada sahabat. Apa yang aku nak ceritakan pada hari ni, apa yang korang semua faham mengenai  PERSAHABATAN  dan SAHABAT YANG BAIK . Bagi aku la, dalam sebuah persahabatan tu, kita semua kenal sahabat kita macam mana, perangai dia, cara berbual dengan sahabat, tahu masalah sahabat kita dan bantu dia, senang cerita dalam semua aspek la. Sering membantu antara satu sama lain. Sahabat yang baik pulak, lebih mengenali kita macam mana, dapat tahan dengan perangai kita dan kawan kita, boleh bertolak ansur, dapat memaafkan bila ada salah faham dan kesalahan. Lebih kurang macam tu la. Namun, agak pilu apabila kita tersilap langkah dan terbuat s

Pati Delima Gulshan

Minggu lepas ada member ofis bagitau yang pati delima ni bagus. So saya pun google dulu nak tengok jugak apa yang bagus nyer tentang jus delima ni. Google punya google, hurm.... its a good juice. So, apa salah nyer saya try pulak minum jus ni kan.. Sebab ada testimoni yang saya baca lepas sebotol pengambilan dia dah disahkan mengandung. Tuhan itu maha mengetahui betapa tingginya cita cita kami untuk mendapatkan anak. Sama sama doakan saya dan suami agar di kurniakan anak suatu hari nanti. Amin.. Attached is gambar pati delima gulshan yang saya minum sekarang.

Mekdi

Semenjak masuk kerja kat JAWHAR ni aku selalu jer makan Mekdi ni. Aduhai.. Doktor pesan kalau boleh makan sebulan sekali tapi takde nyer.. makan mau 10 kali sebulan.. macam mana nak diet ni. TAPI... Yang best nyer... Hari ni my bff Ili belanja mekdi.. Dia cakap adalah benda sebab tu dia belanja hhuhuuhuu.. Thanks yer Ili semoga tuhan membanyakkan rezeki awak sebab belanja we alls.. Oklah nak buat kerja jap. Bye...