Skip to main content

Melaka Trip

Hi, Assalammualaikum dan selamat malam semua.. Hari ni aku nak update trip aku pergi Melaka semalam 18.02.2015-19.02.2015. Ambil kesempatah bercuti sempena Tahun Baru Cina katakan.

Anyway, trip kali ni seronok sebab kebanyakan yg dirancang menjadi. Sebenarnya pergi 2 hari 1 malam ni tak sempat pun nak round satu Melaka. So sape2 yang nak pergi tawaf satu Melaka ambil cuti lama sikit yer. Heehehhe...

Day 1st.
Bertolak ke Melaka hari tu lepas subuh dlm kul 6.30 ke 7.00am mcm tulah. Sampai dalam 8.30am. Sampai2 terus cari tempat makan. Maklumlah tak sempat breakfast.. Breakfast kat kedai mamak area dataran pahlawan tu. 
Lepas tu terus nak naik Menara Taming Sari tu. Yang kelakar kami cari menara tu dgn menaiki kereta ok. Padahal nyer menara tu jalan kaki jer kot nak perginyer dari tempat kami sarapan tu. Takpe2 dimaafkan.. Pelancong lah katakan hahaha... Kat bawah ni gambar kat area menara.


Ni gambor kena ambil oleh staff menara tu. Macam mana ada gaya pelancong tak? Heheh..

Sebelum dpt naik menara ni, kami ke Muzium Samudera dulu. Ni disebabkan menara tu tengah servis. Jalan kaki jerlah kan dekat. Heheh... Jalan punya jalan jumpa medan jual2 barang tu. Masuk jap tgk apa yang patut. Dapatlah cekau 2 tshirt. Heheeh... Medan ni berdepan dengan Muzium Samudera jer.

Muzium ni yg bestnya dibuat di dalam kapal replika yang besar tau. Macam kapal zaman dulu2. Muzium ni ada menyediakan servis audio utk menerangkan sejarah2 di bandar Melaka. Pakai jer headphone tu dengarlah korang penerangan mengenai gambar disitu. Tapi kena scan dulu no.2 yang telah ditampal di setiap sudut tu. Kalau tidak sampai sudahlah tak dengar hahaha... Kalau korang tengok gambar kat bawah ni kami pakai headphone tu lah bendanya tu.
Jom tengok gambar yg sempat ambil. 




Macho tak hehehe..







Ni kat ruang legar sebelum naik ke kapal ni. Merenung masa depan ke apa tu? ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Habis jer dua aktiviti ni kami terus cari makan nak makan tengahari pulak. Konon nak makan dekat restoran peranakan. You know what, restoran yg nak pergi tu tutup. Huhhuh.. Orang dah cuti chinese new year... Musnah harapan. 
Dah kejadian nya dah mcm tu teruslah nak pergi check-in hotel. Konon nak makan tengahari area hotel jer. Tapi lagi sekali takde kedai makan di area hotel. Tanya staff hotel paling dekat shopping kompleks. Kami pergilah makan kat shopping kompleks dataran pahlawan tu. Haha.. Korang perasan tak pergi balik pergi balik ke situ jugak kami pergi. Hahaha.. Pelancong katakan. Tak tau jalan. 
Cari punya cari kedai makan tak jumpa yg berkenan. Last2 makan burger king jerlah. Nasib badan. Sebelum balik hotel sempatlah round shopping kompleks ni. Si hubby sempat rembat tali pinggang satu. Kenangan katanya beli kat Melaka. Huhuhu..

The next aktiviti sebelah petang. Rehat dalam setengah jam, jalan lagi kali ni pergi ke Pantai Klebang pulak. Petang ni pergi dgn seorang kawan tu. Dia bawaklah kami pergi beli the famous coconut shake. Korang mesti pergi tau. Servis cepat. Walaupun beratur panjang tapi berbaloi. 

Nampak tak panjang barisan.. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Lepas beli tapau, terus lah nak pergi ke muzium kapal selam tu. Tapi kecewa lagi,muzium tutup. Uwa.. Pergi lepak kat tepi pantai jelah jawabnya..



Lepak sat, singgah makan maggie goreng ayam. Balik hotel mandi. Sebab konon malam nak pergi naik river cruise. Tapi kecewa lagi sebab malam tu hujan. Sebab hujan, pergi makan terus ke Alai nama nyer. Tak pergi umbai sebab kawan ckp Alai pun ok jgk kalu nak makan seafood. Ambil ikan jenahak, sotong, udang jadilah. Kenyang... Nak jalan2 ke jonker street terkuburlah jawab nyer. Hujan punya pasai. At the end, balik hotel tidur.

Day 2nd.
Bangun pagi pun dah lewat, tapi sempatlah sarapan pagi. Giler tak sarapan kat hotel. Dah bayar makan jerlah hahaha... Keluar hotel mak ai jem... Kereta byk dgn org2 dua kali ganda banyak nyer kat bandar Melaka ni. Cuti kan..uuii, memang banyak orang. 

Sebab semalam tak sempat naik river cruise, kami terus kan kesana. Cari parking punya susah tau tak kami parking mana? Kami parking kat Mahkota Parade. Jalan kaki lah kami ke river cruise tu. Best dpt naik. Cantik jgklah.. Teringat negara Venice. Hhaahha luccu pulak. Ala ala la tapi tak dptlah nak mengalahkan Venice tu. 




Keluar dari situ sempatlah buat lukisan potrait. 

Pandai bro ni lukis. Sebab wa nampak sweet sangat. Hahahaha.. Jangan marah..

Nilah brother yg lukis potrait tu.

Singgah balik kat medan apa ntah nama medan tu. Belilah ole2 utk makan sendiri. Nak menapak balik ke Mahkota Parade lalu kat area Menara Taming Sari tu ada taman. Nama taman tak pasti pulak. Lawa taman tu. Sejuk jer mata memandang. Korang tgk gambar ni lawa kan? 



Sempat jgk singgah kat shopping mall Dataran Pahlawan tu untuk beli kasut. Kedai Cotton On tu buat sale. Apa lagi grablah satu pasang kasut. Huhuhu..

Bertolak balik ke Bangi dalam pukul 5.30pm. Sampai dalam 7.15pm mcm tu. Jalan memang adalah jgk jem nyer. Tempat biasa area exit seremban tu. Tapi syukur alhamdulillah sampai dengan selamat.
Happy dpt bercuti walaupun sekejap.

Dalam kereta, borak dgn hubby destinasi pelancongan yg seterusnya nak kemana pulak yer? Hahaha.. 
Nanti saya share lagi yer on the next post..

ร€dรฎรถล›...๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜ด๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜



















Comments

Popular posts from this blog

Tokyo Days Masaki Matsushima for women

Perfume Yes! Baru-baru ni saya dapat beli perfume. TQ abg sebab bagi duit beli perfume.. Saya beli perfume ni kat kedai Shins. Best sebab ada discount. Pastu ada free gift. Nampak tak botol kecik sebelah kanan tu. Ha.. tulah free gift dia. My review about this perfume ni. Google dari http://www.fragrantica.com/perfume/Masaki-Matsushima/Tokyo-Days-21768.html Top notes are yuzu, melon and tangerine;  Middle notes are peony, jasmine sambac, white rose, cherry blossom and peach;  Base note is white musk. Menarik kan bau dia. Bau seakan-akan Ienamorata Lovely Rose. Saya tak tau mana silap pasal perfume ni. Bau menarik tapi kurang promosi ke apa ke? Tak pastilah.  Tapi tak menyesal beli perfume ni sebab ia EDP. Sillage strong untuk orang macam saya. Yelah setiap orang bau badan berbeza-beza. By the way...  I am very impressed with this house so far. Adios. Shikin

Azam Baru

Hi bloggers... lama tak update.. maklumlah busy... hahahha.. busy takat mana tu.. ntah.. Lately selalu terfikir how to improve my self... what I'm gonna do to my future life.. semua yang berasaskan 'IMPROVE' Sekarang ni fokus dengan my business kecil-kecilan dulu.. me n my biz partner tengah sibuk mempromote nya.. hehhe.. Korang jangan lupa masuk page biz aku yer.  NurImaNie Couture  nama diberi. Mana tau ada tudung yang korang berkenan. eh sempat lak aku mempromote dalam blog ni. apa salahnya kan.. ;) Last week dah register with my ladies (biz partner) kelas nak mula biz online with Lelong.com. Mudah2an dapat ilmu yang memberansangkan. Walaupun dah lebih setahun buat biz ni tapi still dont know the specific way to do biz online. So, kebetulan ada kelas percuma why not.. Thanks Lelong.com buat kelas percuma ni. Pasai  'IMPROVE' diri aku ni pulak, sekarang ni fokus how to reduce my Diabetes. Jumpa doc appoinment baru2 ni. Doc cakap, kalau you betul nak..... ...

Semoga Success CC!

Lamanya aku tak meng'update' blog aku ni kan? huhu.. Kali ni aku nak bercerita pasal CC Kewangan kat jabatan aku ni. CC Mun namanya.. Sebenarnya aku sedih CC dah nak bersara tak lama lagi. Banyak kenangan pahit manis dengan CC ni. Dari baru kenal, belajar buat kerja, kena marah dan macam macam lagilah. Tapi semua tulah yang menjadi kenangan bersama. Apa pun aku doakan semoga CC bahagia dan tenang lepas ni. Yelah dah tak perlu hadap perangai kami-kami ni kan.. huhuhu... Sorang-sorang perangai ntah apa-apa ntah.. CC jangan lupakan kami... Semoga happy selalu...